“Hai dik, hari ini tak keluar
dengan kakak kesayangan adik tu ke?” Fiqril menyindir kala ternampak Qizah
turun dari tingkat atas hanya berbaju baby-T dan berseluar track. Selalunya
kalau sabtu macam ni ada je aktiviti Qizah dan Suraya. Hari ni macam santai je
adiknya tu.
“Tak. Hari ni Kak Sue keluar
dating.” Selamba sungguh jawapan daripada Qizah.
Sedangkan dia tak tahu yang
telinga mendengar itu hampir-hampir rasa tercabut. Hampir terhempas jatuh
Iphone 4S miliknya mendengar jawapan selamba adiknya. Beberapa kali dia ulang
ayat yang dipertuturkan oleh adiknya tadi didalam otak. Lama masa untuk dia
ambil untuk mencernakan ayat tadi. ‘Suraya Dating.” Akhirnya dia faham. Faham
dan menyebabkan hatinya gelisah.
“Dia dating dengan siapa?
Angah tak tahupun dia ada pakwe.” Tanpa bersembunyi Fiqril menyatakan
ketidaksenangan hatinya.
“Baru je nak dating. Hari ni
first date Kak Sue lah. Angah ni kenapa? Tak ada pasallah Kak Sue nak bagitahu angah.
Angah siapa dia nak melapor kat Angah. Apalah angah ni.” Qizah sempat mengutuk
sambil punggungnya dilabuhkan ke sofa. Tangannya mencapai alat kawalan jauh.
Nak tengok siaran apa yang menarik.
“First date? Kenapa adik tak
temankan dia. Dah lama dia kenal lelaki tu?” Makin giat pula Fiqril menyiasat.
Detak hatinya rasa tak
seirama. Hembusan nafasnya rasa tersekat-sekat dan kasar sekali. Agaknya ada
masalah pernafasan dia akibat dek hentaman berita yang dia dengari tadi. Satu
yang pasti, dia sesungguhnya langsung tidak suka akan berita yang dia dengari.
Langsung dia tak dapat menerima kenyataan kalau benar Suraya membuka hatinya
untuk orang lain. Dia tak bersedia berkongsi Suraya dengan sesiapa pun.
Berkongsi?
“ Angah ni sibuk betullah. Kak
Anis yang kenalkan kat kak Sue. Angah, angah kena ingat yang Kak Sue tu
bukannya Qizah. Angah tak boleh nak melayan Kak Sue macam Angah layan Qizah.
Jangan nak kongkong dialah.” Terkebil-kebil Fiqril di basuh Qizah.
“Mana ada Angah buat macam
tu?” Fiqril mempertahankan dirinya.
“Angah? Kalau adik ni tak tahu
angah tu sayang gila kat Tasya. Adik pasti sangka yang angah ni posesif kat Kak
Sue sebab ada hati kat Kak Sue. Takkan Angah lupa angah buat Kak Sue nangis
tiga minggu lepas.” Tajam sungguh sindiran daripada Qizah buat abangnya itu.
Sindiran yang mengingatkan
Fiqril kejadian beberapa minggu lepas. Masa tu dia terlampau marahkan Suraya.
Dia marah Suraya hanya mendiamkan diri walaupun secara terang-terangan di
serang oleh Intan tanpa sebab. Tanpa sedar dia telah menengking gadis itu dan
menghina keperibadian Suraya. Kalau tak disebabkan Qizah masuk kedalam pejabatnya
waktu itu dan membawa Suraya keluar, pasti lebih banyak lagi kesalahan yang dia
lakukan tanpa sedarnya.
Hairannya sejak petang itu dia
merasakan Suraya berubah. Wajah gadis itu langsung tak berperasaan lagi kala
memandangnya. Suraya tak sehangat dulu. Gadis itu terlalu dingin tak
berperasaan. Kini dia jerit bagaimanapun, Suraya hanya memandangnya kosong.
Bila diajak Suraya sudah pandai menggeleng. Lama dia ingin bertanya, apa yang
Qizah katakan pada Suraya sehingga gadis itu berubah? Bukan gadis tu sahaja
malah adiknya juga nampak sedikit perubahan. Semakin sinis.
“Sebut hal tu, angah nak tanya
kat adik. Apa yang terjadi petang tu? Angah perasan lepas petang tu adik dan
Aya berubah sangat.” Tumpuan Fiqril sepernuhnya pada Qizah yang sudah malas
hendak melayan. Hatinya belum puas selagi dia belum dapat cerita yang
sebenarnya daripada Qizah.
“Tak tahu. Angah tanyalah
sendiri pada Kak Sue.” Sambil menaikkan kedua-dua bahunya selamba. Sangat
menghangatkan hati yang panas.
“ Alang-alang Angah dah siasat
adik macam polis ni, Angah tak nak tanya ke siapa lelaki yang date dengan Kak
Sue?” Qizah seakan-akan ingin mencabar Fiqril pula dengan bertanya begitu lagi.
Tak terkesan agaknya jelingan tajam Fiqril yang membunuh.
“Siapa?” Tanya Fiqril dengan
mendatar.
“Syed Sham Ariff Bin Syed
Shamil.” Sepotong ayat yang keluar dari mulut Qizah membuatkan tegak Fiqril
berdiri.
“Sham?” Sekali lagi bentanya
pada kepastian.
“Haah. Abang Sham. Walaupun
adik tak suka kat abang Sham tapi adik harap adalah bunga-bunga cinta pada abang
Sham dan Kak Sue. Lagipun Abang Sham tu baik apa. Berkerjaya. Mukapun sweet.
Cukup serba serbi untuk dijadikan pendamping Kak Sue. Yang penting sama-sama
belum berpunya.” Fiqril menjeling tajam
pada Qizah yang nampak selamba bercerita sebelum kakinya membawa dirinya ke
tingkat atas.
Fiqril mengakui kata-kata
Qizah benar sekali. Berbanding diri, sememangnya Syed Sham temannya itu calon yang
sesuai. Dari segi rupa, Syed Sham memang sentiasa menang dengan wajahnya golongan
manis di pandang itu. Dari segi keluarga, keluarga lelaki itu memang baik dan sentiasa
terbuka menerima siapa saja. Dari segi kerjaya, Syed Sham tak kurang hebatnya. Kalau
tidak masakan Syen Sham mampu bersaing dengannya dalam dunia perniagaan. Ahhh..
makin tak keruan memikirkan lelaki yang mendekati Qizah kini.
Namun untuk apa dia memeningkan
kepala memikirkan hal yang pastinya sudah terjadi. Yang berlaku sudah tak mampu
nak diputarkan lagi. Sekarang paling penting adalah bagaimana hendak mengawal keadaan
dan seterusnya mengatasi keadaan yang ini agar kembali seperti biasa.
Suraya tak menyangka wajah yang ada di hadapannya kini. Pucat terus tak berdarah wajahnya. Lalu tangannya didalam genggaman insan disebelahnya di rentap kasar.
p/s Siapa di hadapan Aya? Siapa memegang tangan Aya? Apa akan terjadi?
11 comments:
Eh?? Sapa yg pegang aya?? Syam tu kot.. Sapa llak yg tarik tgn aya tuu.. Xkan fiqril??? Hhhheheheheh..
Kalo x-pakwe aya.. Xpasal la aya nak pucat bagaii.. ;)
Mesti fiqril kot....fiqril ni pun satu klu dah suka tu ckap jea lah kat aya,ha nnt x pepasal melepas kang....
sapa.pegag 2... fiqril ke... alahai slalu tgu n3 cite nie...
CEPATLAH SAMBUNG
Cik writer nape pendek sgt n3 ni....cepat update lagi ye....
Dah tentu faqril kot yg buat muka sue pucat tu...
bestlah... cpt sambung ye, tulislh
panjang sbb n3 kali ni pendeklah..
pendeknye...xdang nk feling2..
suspen je... sape la pegang tangan Aya... Faqril ke?
cpt smbng..x sbr nk tau..
ara
saspen saspen
iman.. sambungan.. huhu
adam
sapelah mamat poyo yg merentp tangan Suraya tu ek..sampai pucat lesi minah tu dibuatnya.. adakah Fiqri..bila masa pulak mamat tu boleh terserempak ngan mereka..pening nak fikirlah iman..boleh tlg sambung balik..teruja giler nak tahu ni..rasanya dah lama citer ni terberhenti kat sini...kan...
mesti fiqri yg datang hehehe.... nak tanya apa status "kita kahwin" dalam menyiapkan manuskrip ker ?? kalau yer bila rasa2 nyer akan diterbitkan ... n kalau boleh nak la teaser atau new entry ....:)
Post a Comment