Tuesday, July 10, 2012

KLINIK HATI (PROLOG)


PROLOG


            AFIA ADELIA memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
            MENGANDUNG. Satu patah perkataan yang telah mengacau bilaukan mindanya sekarang. Afia yakin yang dia masih anak dara yang terjaga kesuciannya. Sesungguhnya dia memang sangat menjaga kesucian dirinya tapi kenapa dia boleh mengandung sekarang? Sedangkan dirinya ini masih sunti masih lagi. 
            Temenung jauh Afia dibuatnya. Dia bukan Siti Mariam yang dimuliakan oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa. Dia gadis biasa yang masih memegang gelaran anak dara bukan yang sudah mempunyai status isteri orang. Dia sangat menjaga dirinya. Mungkin dia bukan muslimah sejati tapi untuk melakukan dosa sebesar dosa zina tiada dalam keinginannya. Lalu bagaimana boleh terjadinya janin ini?
            Lama Afia merenung hingga hendak sinar matanya tembusi setiap objek dihadapannya. Sebelah telapak tangannya hinggap pada perut yang masih belum menampakan perubahan. Ingatkan sehari dua ini kesihatannya terganggu kerana perubahan cuaca yang tak menentu rupanya ada hal yang lebih besar telah terjadi. Perkara yang akan mengubah seratus peratus kehidupannya. Itu yang pasti.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu.
Bersungguh adik tirinya meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Konon-kononnya rugi kalau dia tidak melakukan ujian tersebut sementelah adik tirinya tidak dapat melakukan ujian itu kerana datang haid. Kata Khyla adik tirinya itu, ujian itu dah di bayar harganya dan bukan murah harga satu rawatan di hospital terbaik Singapura itu. Beribu harganya. Oleh kerana Khyla telah membayar dan masa temu janji tidak boleh diubah, Afia sanggup melakukan ujian tersebut walau kenyataannya dia tak memerlukan ujian tersebut pun buat masa sekarang. Untuk apa dia melakukan ujian sebegitu sedangka dia langsung tak ada rancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Itu kisah sebulan lalu. Tapi sekarang kenapa ini keputusannya? Benarkah dia dah melakukan ujian kesuburan. Persoalannya benarkah ujian kesuburan yang dia lakukan bukan ujian lain? Atau rawatan lain yang membawa kepada kehamilannya ini? Ya Allah apa sebenarnya dah berlaku ini? Terlalu banyak persoalan didalam kepala Afia sekarang ini. Hanya satu tempat dia bisa mendapatkan jawapannya iaitu dimana tempatnya dia membuat ujian ‘kesuburan’ itu. Biarpun dia terpaksa ke Singapura asalkan dia dapat jawapannya.


EMIR ZAFIR merenung seketika lagi sekeping surat daripada K.M SENG’S OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampai berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Inikah jawapan kepada kesepiannya? Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu.
Setengah tahun lalu pada usianya yang mencecah tiga puluh tiga tahun, dia mula merasakan kesepian hidup didalam segala kemewahan. Dia di puncak kerjayaannya. Firma seni bina nya di garisan kegemilangan. Bertahun dia berusaha meletak firmanya ini setaraf dengan firma-firma lain. Dia bukan anak orang berada yang mempunyai sokongan yang kuat. Setiap kejayaannya adalah hitunga setiap titis peluh dan airmatanya sendiri.
Dia hanya anak sepasang kerani biasa. Namun nasibnya dibela oleh kedua-dua ibubapanya. Hidup mereka dalam kesusahan tapi dia tidak pernah susah dalam pelajaran. Dia dan adik perempuannya sentiasa diutamakan kalau dalam soal pelajaran. Biarpun dia sendiri melihat bertapa susahnya arwah ibu-bapanya menyekolahkan dia dua adik beradik tapi ibubapa mereka tak pernah berkira kalau itu soal perlajaran. Akhirnya kerana pengorbanan arwah ibu dan bapanya lah dia berjaya sekarang ini. Cuma sayangnya dia tak sempat membalas pengorbanan mereka setelah pemergian kedua-duanya dalam sebuah kemalangan motorsikal sepuluh tahun yang lalu.
Kini sepuluh tahun berlalu, usianya menginjak ke angka 33 manakala adiknya sudahpun berusia 24 tahun.  Dalam tempoh masa sepuluh tahun ini dia ada tanggungjawab yang besar terhadap adiknya. Dia menjadi orang tua kepada satu-satunya adik perempuannya itu tapi sejak adiknya sudah dewasa dan mengambil keputusan untuk hidup berasingan daripadanya dia merasakan kesepian sangat. Untuk menahan atau melarang keputusan adik prempuannya itu, Emir merasakan haknya sebagai abang itu terbatas. Jadi apa saja pilihan yang dia ada selain membiarkan keputusan adiknya walaupun kerana itu dia merasakan sepi di rumah besarnya.
Sepi yang membawa dia membuat keputusan untuk berkeluarga. Namun dia tak mahu hidup dalam genggaman wanita, yang dia inginkan hanya anak. Dia boleh saja mencari anak angkat tapi dengan statusnya lelaki bujang bukan mudah untuk dia mendapatkan hak itu. Namun kemahuannya untuk merasa hidup berkeluarga bagaikan tak dapat ditahan setelah melihat kebahagiaan seorang demi seorang temannya. Membaca sebuah cerita tentang bapa tunggal yang membayar seorang wanita khas untuk mengandung anaknya memberi ilham pada Emir. Kerana aspirasi itu dia membuat keputusan membayar seorang gadis untuk menjadi ibu pada anaknya.
Keputusan yang disertai dengan perjanjian yang juga dipersetujui bersama. Perjanjian dimana dia akan mengahwini gadis itu setelah gadis itu mengandung dan dia akan ceraikan gadis itu setelah kelahiran anaknya nanti. Sukar dia mencari seorang gadis yang menginginkan perkara yang serupa dengannya sehingga seorang temannya memperkenalkan seorang gadis yang bernama Khyla kepadanya. Masalahnya sekarang yang bersetuju dengannya adalah Khyla sedangkan nama yang tertera diatas surat yang baru diterimanya adalah Afia. Siapa Afia ini? Bagaimana Khyla boleh menukar namanya menjadi Afia?
Walaupun siapa pun gadis itu, dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang.

p/s Alhamdulillah ilham kembali dalam bentuk berbeza. Semua tahu Iman stuck untuk meneruskan mana-mana manuskrip. Lalu hari ini Iman ambil keputusan menarik nafas baru yang itu membawa kepada klinik hati. Manuskrip sebelumnya akan Iman hentikan sehingga Klinik Hati selesai. Doakan Iman tak stuck lagi. Terima kasih yang membaca dan melayan ke'gila'an Iman dua post yang lepas. Biasalah otak tengah stress...  Jodoh, Pertemuan, rezeki dan ajal itu di telapak Janji Allah. Ingatan pada diri sendiri. 

18 comments:

didies said...

alah, kesiannya afia, nk follow lh cerita ni..

Ziana Eunos said...

permulaan yg menarik...sy pn nk folow gak..hihi

mizz acu said...

Jahatnya khayla ni.. Masyaallah

blinkalltheday said...

sian afia..hope jodoh afia dgn emir nti..jht tul khayla.sambung lagi iman.

Anonymous said...

iman ,sukalah cerita you.jangan tangguh lagi tau cerita ni.cerita macam best jek...

Unknown said...

Intro yg menarik.
Setia menunggu n3 seterusnya..
Gud luck..

wida said...

best cite nih...kena follow nmpk gayanye...cpt2 n3 baru yek..

Nu_Rull said...

tapi kan, jd anak luar nikah jugak kn.. betul x???

Anonymous said...

Mmmmm. Dh boleh agak cite ni best. Byk storyline mcm ni yg sy baca di mills and boons romance series. Tp ni dh versi melayu yg tentunya berkaitan dgn agama dan adat kita. Best of luck. Sy akn follow cerita ni.

Anonymous said...

saya follow citer nie... huhuh

madyzah said...

satu permulaan yang menarik. tapi kak lagi suka kalau iman dapat habiskan cite kita kahwin. kisah seorang gadis polos yang diminati diam-diam oleh bossnya.. but anyway, tu cuma saranan kak lah kan. best of luck to you my dear...

hasnah said...

good start...nampak menarik & x sabar menunggu for next entry..
p/s: jgn meroyan lama2 tau..sian akak tengok awak..ceria selalu & mesti awak leh fokus lepas tu

nur fakhariah said...

kesiannyer afia.....x sabar nak tahu cerita seterusnye....

Unknown said...

best cepatlah update

Miss FF said...

Assalamualaikum Iman.. cerita yg menarik... i follow this.. nak tau kesudahannya camne kan... yelah bg org bkn islam mungkin xde masalah tp kita yg Islam ni mungkin lain caranya... huhuhu.. =)

kin said...

kesian baby tu kalau lahir, statusnya tetap anak tidak sah..seperti komen yg lain kisah ini byk spt english novel, tp jika penulis bijak menyesuaikan dgn hukum dan adat akan jd lebih baik.

aR_aD (nAbA) said...

pmulaan yg mnarik..:)

o-ReN said...

best3...wah like3....^^
sian dia...