Friday, July 6, 2012

Kita Kahwin 11


BAB 8

“Aya, fail Mega Holding dah siap?” Suara Fiqril yang melantun dari hadapan pintu pejabatnya membuatkan Suraya mengangkat wajah. Pucat sedikit wajahnya yang terkejut dengan suara yang tinggi itu.
“Dah siap belum?” Sekali lagi pertanyaan keras itu membuatkan wajah Suraya membahang malu. Malu di tanya keras sebegitu di hadapan teman-teman pejabat yang lain. Alah Suraya macamlah tak biasa kena bambu dengan komando pencen ni.
“Dah bos.” Balas Suraya lembut. Kenapalah bila dengan Fiqril ni Suraya langsung tak boleh nak melawan. Herdik macam mana pun, jawapannya tetap lembut walau hati dah menyumpah sepuluh kali.
“Bawa masuk.” Arah Fiqril lagi.
Makin tegas je lagaknya. Bukankah ada interkom, kenapa masih nak jadi orang luar tamadun menjerit terlolong macam tu? Memang buta teknologi sungguh bos Suraya ni. Sempat je mengutuk bos sendiri.

“Ini dia bos.” Dengan lemah Suraya menyerahkan dokumen tersebut pada Fiqril. Aduh malas sungguhlah Suraya nak menghadap muka tegang bosnya itu. Apa lagilah yang tak kena.
“Duduk.” Arah Fiqril padanya yang membuatkan Suraya pantas melabuhkan punggung. Tak mahu menaikkan lagi suhu panas Fiqril.
Apabila melihat Fiqril meletakkan fail yang dia berikan tadi ke tepi, dahi Suraya berkerut sendiri. Tadi beria-ia bosnya tu meminta. Sekarang letak ke tepi pula.Serta merta Suraya menundukkan wajah. Tahu ada ‘habuan’ lain untuk nya selepas ini. Apa pula lah salahnya kali ini.
“Kenapa Zarif tu dok tersadai kat meja you? I nampak bukan main rajin lagi dia melawat you kat sini keberlakangan ni.” Tak terangkat wajah Suraya apabila Fiqril mengungkit kata-kata itu.
“I tak suka Aya. I tak suka dia dekat dengan you macam tu. I bayar gaji dia untuk berkerja bukan untuk melepak dengan you tengok you buat kerja.” Suraya mendengar saja bebelan Fiqril. Kalau tak dek kerana ayat terakhir Fiqril itu sudah pasti Suraya fikir Fiqril cemburu. Bunyi nya pun dah dekat-dekat macam cemburu je tu.
“Dia datang nak tanya pasal plan pemasaran hari tu. Itu je.” Rendah nada suara Suraya membalas. Memberitahu sebenarnya.
“Alasan. Aya, you sedar atau you pura-pura buat tak tahu yang dia tu ada agenda tersendiri nak dekat dengan you. Bukan dia je tapi ramai lagi. Tak kan you tak perasan kenapa dua tiga minggu ni ramai sangat yang datang berurusan dengan you. Tiba-tiba je nak ni nak itu. Dulu tak ada pula I nampak budak-budak lelaki tu semua tersadai kat meja you. I tak suka Aya. I tak nak dia orang rapat dengan you. Jauhkan diri you dari mereka.” Arahan yang serupa macam amaran je tu daripada Fiqril.
“Tapi….” Belum sempat lagi Suraya hendak membantah, Fiqril dulu yang menyampuk.
“Tak ada tapi-tapi Aya. Jangan sampai I terpaksa angkat kerusi meja you ke dalam bilik I. You tentu tak nak kan.” Amboi sesuka hati je Fiqril nak mengugut segala macam tu.
“Saya tak layan pun diaorang. Saya pula yang kena.” Rungut Suraya perlahan. Namun masih terbias suaranya di telinga Fiqril.
“Layan atau tak bukan masalahnya. Kalau I kata I tak suka, maksudnya I tak suka juga. You pun satu, you ingat pejabat ni fesyen show ke? Hari-hari nak bergaya macam model.” Sindiran pula yang Fiqril berikan.
Apa yang Fiqril tak puas hati sangat sebenarnya ni? Sekarang sampai ke baju Suraya pun jadi isu. Rasanya tak ada pula dia datang dengan pakaian ala-ala model catwalk yang di dakwa oleh Fiqril. Hari ini dia hanya mengenakan sut perjabat yang potongan ala-ala baju Punjabi berwarna coklat dan berselendang coklat. Wajahnya pun hanya di berlapis dengan selapis bedak saja dan secalit lip bum. Tak terasa overfashion pula. Apa yang bos nya tak puas hati sebenarnya.
“Mana ada saya bergaya.” Perlahan Suraya membantah. Tak puas hati sangat. Kalau ikutkan suara dia nak je naik seharakat dua tapi dia takut. Ini pun berani-berani ayam je.
“What??” Apabila suara Fiqril sudah naik sebegitu tinggi, Suraya hanya menggeleng saja. Tak jadi terus membantah.
“Dah. You boleh keluar. Ingat jauhkan diri you dari mereka.” Itulah yang din anti-nantikan oleh Suraya. Sebaik arahan itu diberikan, tak menunggu seminit gadis itu cepat bangkit dan menghilangkan diri di balik pintu.

Fiqril memandang bayangan itu berlalu. Mengeluh perlahan. Tali lehennya dilongggarkan terasa terlampau serabut dan panas pula. Dia tahu dia tak sepatutnya meletak bebanan kesalahan itu di bahu Suraya. Bukan salah Suraya kalau anak teruna di dalam syarikatnya itu leka menyendeng di meja Suraya dan bukan juga silap Suraya kalau ada yang cuba mengintai waktu bersama gadis itu. Bukannya Suraya menggoda kumbang di dalam syarikatnya tapi kumbang itu semua yang cuba hinggap di kelopak hati Suraya.
Fiqril tahu dan pasti yang Suraya tak melayan segala godaan itu. Paling-paling gadis itu hanya tahu mengangguk dan menggeleng. Itu Suraya dia kenali. Suraya yang tak pernah berubah walaupun penampilannya kini mekar dengan kecantikkan tersendiri. Namun hatinya tetap tak bisa menerima kalau ada yang cuba mengintai dan cuba memiliki sekeping hati milik gadis itu.
Kalau ditanya kenapa dia berperasaan begitu? Dia sendiri tak pasti. Yang dia tahu dan dia rasai adlah hatinya sakit setiap kali memandang mata-mata liar yang merenung ke arah gadis itu. Untuk menyatakan jangan kepada sang pengintai, dia tiada kelayakan itu lalu hanya pada Suraya dia berikan tekanan agar jauhkan diri. Kerana dia yakin Suraya akan mengikut saja kata-katanya.
Walaupun masih belum ada alasan yang kukuh di hati Fiqril kenapa dia berperasaan yang begitu? Buat seketika waktu yang dia perlukan untuk mencari alasan itu, Suraya harus dijauhi daripada mana-mana lelaki sekalipun. Rasa hatinya perlu dia turuti. Perlu dia jagai. Walaupun itu bermaksud untuk mengongkong Suraya. Walaupun itu bermakna memaksa Suraya sebilik kerja dengannya. Dia akan lakukan jika itu jalan terakhir untuk menjaga hatinya dari terus sakit.
Deringan telefon bimbitnya mematikan angannya dan menoktahkan kerisauannya seketika. Melihat skrin lebar itu, nama Tasya tersenarai. Bibirnya tersenyum sambil tangannya ligat menyambung talian dari buah hati yang jauh di Singapura.

6 comments:

nur fakhariah said...

ermmm masih x perasan lagilah tue hati dah suke heheh best...

kak ida said...

pergh..pelik ngan fikri ni..kalo nak ngan suraya..awat masih ngan tasya..

ainulrida said...

tamaknya Fiqril ni! make up your mind la, nak yang mana satu. tapi lelaki memang selalu begini kan?

mizz acu said...

ek eleh fiqril.. backhand kang tau laaa..
suka dok jerkah2 lagi..sian aya!!
dok konpius xhabeh2.. bila dia nak sedaq dia suka aya niii..

Lieynaim mohd noor said...

hahahha.. semua dah terpikat kat aya.. firqil pun sama la... cuma xshiw je kan.....lama dah menanti n3 baru

sara said...

Nak lagi n3 sambung cepat ye
Tak sabar nak tau apa jadi ngan suraya