BAB 8
“Aya, fail Mega
Holding dah siap?” Suara Fiqril yang melantun dari hadapan pintu pejabatnya
membuatkan Suraya mengangkat wajah. Pucat sedikit wajahnya yang terkejut dengan
suara yang tinggi itu.
“Dah siap
belum?” Sekali lagi pertanyaan keras itu membuatkan wajah Suraya membahang
malu. Malu di tanya keras sebegitu di hadapan teman-teman pejabat yang lain.
Alah Suraya macamlah tak biasa kena bambu dengan komando pencen ni.
“Dah bos.” Balas
Suraya lembut. Kenapalah bila dengan Fiqril ni Suraya langsung tak boleh nak
melawan. Herdik macam mana pun, jawapannya tetap lembut walau hati dah
menyumpah sepuluh kali.
“Bawa masuk.”
Arah Fiqril lagi.
Makin tegas je
lagaknya. Bukankah ada interkom, kenapa masih nak jadi orang luar tamadun
menjerit terlolong macam tu? Memang buta teknologi sungguh bos Suraya ni.
Sempat je mengutuk bos sendiri.
“Ini dia bos.”
Dengan lemah Suraya menyerahkan dokumen tersebut pada Fiqril. Aduh malas
sungguhlah Suraya nak menghadap muka tegang bosnya itu. Apa lagilah yang tak
kena.
“Duduk.” Arah
Fiqril padanya yang membuatkan Suraya pantas melabuhkan punggung. Tak mahu
menaikkan lagi suhu panas Fiqril.
Apabila melihat
Fiqril meletakkan fail yang dia berikan tadi ke tepi, dahi Suraya berkerut
sendiri. Tadi beria-ia bosnya tu meminta. Sekarang letak ke tepi pula.Serta
merta Suraya menundukkan wajah. Tahu ada ‘habuan’ lain untuk nya selepas ini.
Apa pula lah salahnya kali ini.
“Kenapa Zarif tu
dok tersadai kat meja you? I nampak bukan main rajin lagi dia melawat you kat
sini keberlakangan ni.” Tak terangkat wajah Suraya apabila Fiqril mengungkit
kata-kata itu.
“I tak suka Aya.
I tak suka dia dekat dengan you macam tu. I bayar gaji dia untuk berkerja bukan
untuk melepak dengan you tengok you buat kerja.” Suraya mendengar saja bebelan
Fiqril. Kalau tak dek kerana ayat terakhir Fiqril itu sudah pasti Suraya fikir
Fiqril cemburu. Bunyi nya pun dah dekat-dekat macam cemburu je tu.
“Dia datang nak
tanya pasal plan pemasaran hari tu. Itu je.” Rendah nada suara Suraya membalas.
Memberitahu sebenarnya.
“Alasan. Aya,
you sedar atau you pura-pura buat tak tahu yang dia tu ada agenda tersendiri
nak dekat dengan you. Bukan dia je tapi ramai lagi. Tak kan you tak perasan
kenapa dua tiga minggu ni ramai sangat yang datang berurusan dengan you.
Tiba-tiba je nak ni nak itu. Dulu tak ada pula I nampak budak-budak lelaki tu
semua tersadai kat meja you. I tak suka Aya. I tak nak dia orang rapat dengan
you. Jauhkan diri you dari mereka.” Arahan yang serupa macam amaran je tu
daripada Fiqril.
“Tapi….” Belum
sempat lagi Suraya hendak membantah, Fiqril dulu yang menyampuk.
“Tak ada
tapi-tapi Aya. Jangan sampai I terpaksa angkat kerusi meja you ke dalam bilik
I. You tentu tak nak kan.” Amboi sesuka hati je Fiqril nak mengugut segala
macam tu.
“Saya tak layan
pun diaorang. Saya pula yang kena.” Rungut Suraya perlahan. Namun masih terbias
suaranya di telinga Fiqril.
“Layan atau tak
bukan masalahnya. Kalau I kata I tak suka, maksudnya I tak suka juga. You pun
satu, you ingat pejabat ni fesyen show ke? Hari-hari nak bergaya macam model.”
Sindiran pula yang Fiqril berikan.
Apa yang Fiqril tak puas hati sangat sebenarnya ni? Sekarang sampai ke
baju Suraya pun jadi isu. Rasanya tak ada pula dia datang dengan pakaian
ala-ala model catwalk yang di dakwa oleh Fiqril. Hari ini dia hanya mengenakan
sut perjabat yang potongan ala-ala baju Punjabi berwarna coklat dan
berselendang coklat. Wajahnya pun hanya di berlapis dengan selapis bedak saja
dan secalit lip bum. Tak terasa overfashion pula. Apa yang bos nya tak puas
hati sebenarnya.
“Mana ada saya bergaya.” Perlahan Suraya membantah. Tak puas hati sangat.
Kalau ikutkan suara dia nak je naik seharakat dua tapi dia takut. Ini pun
berani-berani ayam je.
“What??” Apabila suara Fiqril sudah naik sebegitu tinggi, Suraya hanya
menggeleng saja. Tak jadi terus membantah.
“Dah. You boleh keluar. Ingat jauhkan diri you dari mereka.” Itulah yang
din anti-nantikan oleh Suraya. Sebaik arahan itu diberikan, tak menunggu
seminit gadis itu cepat bangkit dan menghilangkan diri di balik pintu.
Fiqril memandang bayangan itu berlalu. Mengeluh perlahan. Tali lehennya
dilongggarkan terasa terlampau serabut dan panas pula. Dia tahu dia tak
sepatutnya meletak bebanan kesalahan itu di bahu Suraya. Bukan salah Suraya
kalau anak teruna di dalam syarikatnya itu leka menyendeng di meja Suraya dan
bukan juga silap Suraya kalau ada yang cuba mengintai waktu bersama gadis itu.
Bukannya Suraya menggoda kumbang di dalam syarikatnya tapi kumbang itu semua
yang cuba hinggap di kelopak hati Suraya.
Fiqril tahu dan pasti yang Suraya tak melayan segala godaan itu.
Paling-paling gadis itu hanya tahu mengangguk dan menggeleng. Itu Suraya dia kenali.
Suraya yang tak pernah berubah walaupun penampilannya kini mekar dengan
kecantikkan tersendiri. Namun hatinya tetap tak bisa menerima kalau ada yang
cuba mengintai dan cuba memiliki sekeping hati milik gadis itu.
Kalau ditanya kenapa dia berperasaan begitu? Dia sendiri tak pasti. Yang
dia tahu dan dia rasai adlah hatinya sakit setiap kali memandang mata-mata liar
yang merenung ke arah gadis itu. Untuk menyatakan jangan kepada sang pengintai,
dia tiada kelayakan itu lalu hanya pada Suraya dia berikan tekanan agar jauhkan
diri. Kerana dia yakin Suraya akan mengikut saja kata-katanya.
Walaupun masih belum ada alasan yang kukuh di hati Fiqril kenapa dia
berperasaan yang begitu? Buat seketika waktu yang dia perlukan untuk mencari
alasan itu, Suraya harus dijauhi daripada mana-mana lelaki sekalipun. Rasa
hatinya perlu dia turuti. Perlu dia jagai. Walaupun itu bermaksud untuk
mengongkong Suraya. Walaupun itu bermakna memaksa Suraya sebilik kerja
dengannya. Dia akan lakukan jika itu jalan terakhir untuk menjaga hatinya dari
terus sakit.
Deringan telefon bimbitnya mematikan angannya dan menoktahkan kerisauannya
seketika. Melihat skrin lebar itu, nama Tasya tersenarai. Bibirnya tersenyum sambil
tangannya ligat menyambung talian dari buah hati yang jauh di Singapura.
6 comments:
ermmm masih x perasan lagilah tue hati dah suke heheh best...
pergh..pelik ngan fikri ni..kalo nak ngan suraya..awat masih ngan tasya..
tamaknya Fiqril ni! make up your mind la, nak yang mana satu. tapi lelaki memang selalu begini kan?
ek eleh fiqril.. backhand kang tau laaa..
suka dok jerkah2 lagi..sian aya!!
dok konpius xhabeh2.. bila dia nak sedaq dia suka aya niii..
hahahha.. semua dah terpikat kat aya.. firqil pun sama la... cuma xshiw je kan.....lama dah menanti n3 baru
Nak lagi n3 sambung cepat ye
Tak sabar nak tau apa jadi ngan suraya
Post a Comment