Monday, April 16, 2012

Sekali Sekala Sayang 2

BAB 2
 Bunyi telefon rumah yang menandakan ada yang menghubunginya membuatkan Rya terkejut dari memori semalamnya. Memori yang sentiasa mengingatkan dirinya dunia kejam yang menunggunya di luar sana. Dengan malas Rya bangun menuju ke dalam. Gagang telefon berwarna hitam itu di angkat dan salam diberikan. Mendengar suara yang menyambut salamnya, Rya tahu siapa di hujung talian. Kusyi, teman seguamannya. Pasti ada pertolongan yang Kusyi inginkan daripadanya hinggakan lelaki itu menghubunginya di awal pagi begini.
"Ada apa Kusyi? Jangan kata kau call aku pagi buta ni hanya nak bertanya khabar." Terus saja Rya menyerang Kusyi dengan kepetahannya.
"Kau ni Rya, memang tak boleh nak aku sorok sikit. Aku nak minta tolong kau pergi jamin anak guam aku kat Balai Polis Bukit Bintang sekejap. Sofea masuk hospital sebab tengah tunggu masa je ni. Aku tak boleh tinggalkan dia jadi aku minta jasa kawan baik kesayangan aku ni untuk tolong aku. Please, gantikan aku. Kau cuma perlu ikat jamin dia je, yang lain keluarga dia dah tolong selesaikan. Sementara tu tolong aku dapatkan maklumat dari dia supaya senang aku nak handel kes ni nanti. Boleh ye?" Amboi pandai sungguh si pemanggilnya merayu. Memohon pertolongan.
"Yelah. Aku tolong kau. Itupun sebab Sofea je tau. Tapi aku boleh ada kat situ sampai pukul 10 je sebab pukul 11 nanti aku kena selesaikan kes anak Dato Sharif pula." Ujar Rya.
“Thanks Rya. Kaulah kawan aku paling baik.” Entah ikhlas entah tidak kata-kata Kusyi. Makin boleh di ragu keikhlasannya apabila terdengar gelak tawa di hujung ayat pujian itu.
“Ialah. Aku dah tolong memanglah aku kawan paling baik. Cuba aku tak tolong. Tak ada maknanya kan?” Sindir Rya dengan ketawa sinis.
Hanya gelak Kusyi menyambut sindiran itu. Mungkin sudah lali dengan sikap Rya yang sememangnya sinis. Tapi kerana kesinisan dan kebijaksanaan gadis itu juga yang membuatkan Kusyi kagum padanya. Bijak, berdikari dan sangat tidak berperasaan. Walaupun begitu gadis itu akan sentiasa terbuka tangan untuk membantu pada yang benar-benar perlu.
“Dahlah, melayan kau memang tak sudahnya. Kau emailkan aku detail anak guaman kau. Aku akan selesaikan.” Rya kembali bersuara tenang dan mendatar.
“Okay. Thanks sekali lagi Rya. Sekejap lagi aku akan emailkan kau maklumatnya. Assalamualaikum.” Setelah memberi salam, Kusyi mematikan talian.
Rya menjawab salam itu didalam hati. Nafas di tarik dalam-dalam. Mencari semangat untuk memulakan hari yang baru di minggu yang baru ini. Moga hari-harinya mendatang serahmat yang dia inginkan.

‘Raja Najwan Raja Nazim.’ Berkali-kali Rya cuba mengingati kenapa dan apa sebabnya nama guam Kusyi itu kedengaran terlalu familiar di telinganya.
Memandang lelaki yang menjadi anak guaman Kusyi di hadapannya, seakan membuat dirinya kenal anak muda yang di tahan kerana menyerang dan mencederakan seorang lelaki lain. Apabila di siasat motifnya hanya satu iaitu cemburu. Peliknya bukan cemburu kerana lelaki yang di serang itu bermain cinta dengan kekasihnya tapi kerana mangsa dikatakan telah cuba memikat kawan baiknya. Pelik tapi benar.
“Keep it low Najwan. I try to bail you out from this mess but you need to help me to do so. How? You can start by behave yourself.” Pesan Rya penuh prefessional. Karisma terserlah dari auranya yang memang menampakkan dirinya seorang peguam yang sangat berjaya.
“Okay.” Jawapan ringkas dari Najwan yang sibuk bermesej itu membuatkan bibir Rya sedikit tersungging dengan senyuman nipis. Tahu sangat fiil anak orang kaya yang hanya tahu membuat masalah untuk di selesaikan orang sepertinya.
“I hope that OK is American OK not Japanese OK. Kalau macam tu, I minta diri dulu. Tolong ingat pesanan I dan jangan lupa datang ke pejabat untuk jumpa Kusyi tengah hari ni.” Pesan Rya dengan penuh bergaya memasang cermin mata hitamnya.
Melihat gaya anak guamannya yang tidak memperdulikan dirinya membuatkan Rya menjadi malas. Malas hendak melayan perangai besar kepala budak dihadapannya ini. Setapak dia ingin melangkah ke kiri untuk terus berlalu. Baru setapak, benar-benar baru setapak dia melangkah ke kirinya saat matanya terpandang tubuh yang baru keluar daripada kereta yang berhenti di bahu jalan. Mimpi ngerinya kembali.
Terpaku kakinya di hadapan tubuh itu. Dari wajah tubuh itu ternyata pemiliknya turut terkejut dengan kehadirannya. Adillia cepat mengawal riak wajahnya. Dia sudah lama bersedia untuk pertemuan ini, kerana dia tahu dia akan bertemu juga dengan manusia di hadapannya ini. Seseorang yang telah merampas banyak peristiwa dari hidupnya.
“Adill?” Sudah lama Rya tak mendengar nama panggilan itu buatnya. Sudah terlalu lama mati nama itu bersama terkuburnya Adillia yang dulu.
“Rya. I Rya.” Rya dengan sombongnya membetulkan nama yang di sebut oleh jejaka di hadapannya ini.
“Angah.” Terdengar suara Najwan memanggil dari berlakangnya membuatkan Rya kini sedar kenapa nama Najwan terlalu kedengaran familiar di telinganya. Pangkalan Raja di nama Najwan dan kerana Najwan berkongsi Bin yang sama dengan lelaki dihadapannya ini.
“Wan. Dah selesai?” Rya hanya memandang bibir lelaki di hadapannya bercakap dengan anak guaman kawannya sedangkan mata jejaka itu masih terpaku di wajahnya membuatkan Rya sedikit tidak selesa.
“Dah. Kenapa lambat? By the way, kenalkan Rya kawan peguam angah tu. Rya, kenalkan abang I Raja Najmi Raja Nazim. Memang professional peguam angah tu tinggalkan anak guam kat peguam entah yang mana.” Kerek sungguh suara Najwan bercakap dengan abangnya  memperkenalkan Rya tapi Rya tak peduli semua itu.  Langsung tak rasa tergugat. Dengan senyuman cukup professional dia menuduk. Berlagak tak mengenali siapa pun lelaki dihadapannya ini. Menghulurkan tangan? Jangan mimpilah, tak sudi dia mengotorkan tangan bersalaman dengan lelaki itu.
Biasa sangat dengan spesis Najwan yang pastinya mewarisi keberlagakkan terlampau itu dari abangnya. Alah bukankah Rya juga cukup kenal siapa abang Najwan di hadapannya ini. Pastilah perangai itu tidak jauh kerana mereka serumpun. Sedarah dan sedaging.
“Jangan nak komplain. Masuk kereta. Angah ada hal nak uruskan.” Mendengar ayat yang keluar dari mulut abang anak guaman kawannya itu membuatkan Rya tersedar, tak ada urusan dia untuk terus tinggal mendengar perbualan mereka di hadapannya ini. Rya ingin melangkah tapi saat dia ingin melangkah diantara kedua-dua lelaki itu tangannya selamba di tahan oleh abang Raja Najwan.
“Angah?” Nada terkejut Najwan memberitahu Rya yang hanya bukan dia seorang terkejut dengan tingkah lelaki yang selamba memegang tangannya tetapi juga adik lelaki tersebut.
“Just go Wan.” Arah lelaki yang kini berhadapan dengan Rya dengan tangannya masih kukuh menggenggam tangan Rya.
"Jangan buat pekara bodoh kat sini mangkuk. Sini kawasan aku. Hutang kita dah lama selesai." Rya membisikkan kata-kata itu hanya untuk mereka berdua saja apabila tersedar Najwan sudah meninggalkan mereka dan terasa tangannya itu di tarik merapati diri lelaki itu.
Tapi nampaknya amaran itu langsung tak di ambil kira, Najmi langsung tidak mahu melepaskan tangannya. Malah makin erat tangannya di genggam. Rya mahu saja menjerit minta di lepaskan tapi dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan sesiapa. Dia mampu membela dirinya dengan caranya sendiri. Lantas runcingnya kaki kasut tingginya setinggi tiga inch itu di tenggelamkan ke atas kaki Najmi yang bersalut kasut kulit berwarna hitam yang bersinar. Tidak kisah kemahalan kasut itu tercemar olehnya.
Seketika mereka berlawan pandang sebelum Najmi akhirnya melepaskan pegangan tangannya mungkin sudah tidak mampu menahan kesakitan setelah berkali-kali kakinya di gerudi oleh Rya dengan keruncingan kaki kasut tingginya. Walaupun wajah Najmi tenang namun Rya puas kerana dia tahu Najmi menahan kesakitan sekarang ini.
“I cuma gantikan kawan I. Jumpa Kusyi, dia peguam you. Jangan cari pasal dengan I lagi. Adillia dah lama terkubur oleh you. I Rya bukan Adillia.” Tegas Rya tanpa perasaan dan terus melangkah pergi.

5 comments:

Atty Ismail said...

Nice...Jgn bg Najmi lepaskan Rya ok...

Anonymous said...

Best!!!!!! Wooottt~! Tak sabar nak tunggu next entry lagi :)

Anonymous said...

Harap² najmi tak give up utk dptkan rya...work hard sket la utk tebus salah dia dlu..

sweety said...

nice starting..

nithia said...

hi iman,

im a silent reader of your blog... cite nie best...... jz one request plz jangan pisahkan Najmi dengan Aya ye... diorang best couple..